Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Thursday, November 13, 2014

Tawaran Hebat (Menuntut ilmu adalah Fardhu)

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Sekali lagi kami di Pro Team amatlah mengalu-alukan maklum balas daripada anda semua. 

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan. Hadis Rasulullah S.A.W,


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.


 “Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” (Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis, menuntut ilmu ini menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Oleh itu seseorang individu muslim tidak seharusnya menafikan kefardhuan menuntut ilmu ini bahkan fardhu ke atasanya mempelajari ilmu sebanyak yang mungkin. Allah S.W.T telah berfirman,

(al-Quran, al-Mujaadilah: 11)
Terjemahannya:
Maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah S.W.T juga telah memberi banyak kelebihan kepada orang yang berilmu. Kedudukan orang berilmu adalah tinggi di sisi Allah S.W.T. Ilmu yang berguna juga dan disampaikan kepada orang lain adalah bekalan amalan  kita apabila di padang mahsyar kelak. 

Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.


"Learning by Experience, Trust The Process"

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.

Geng Blogger

Mereka yang melawat