Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Perlembagaan



Sejarah Syarikat
Pro Team Resources dijadualkan mula beroperasi pada 21hb November 2012 setelah didaftarkan di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pro Team Resources merupakan syarikat perkongsian yang terdiri daripada tiga orang ahli pengarah iaitu, Ataullah bin Anas, Hafizan bin Mohamad Dain dan Mohd Alamin bin Ismail yang menjalankan perkhidmatan konsultasi termasuklah penganjuran program motivasi, kepimpinan, kerohanian dan pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan yang merangkumi pendidikan, kewangan dan pembangunan insan. Selain itu juga membeli dan menjual produk-produk yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, cenderamata, percetakan dan lain-lain.

Visi
Menjadi peneraju perkhidmatan konsultasi kepada pembangunan insaniah.

Misi
1.       Mengetengahkan kaedah dan pendekatan terbaru dalam bidang insaniah.
2.       Menawarkan pelbagai khidmat konsultasi termasuklah bidang pendidikan, pembangunan sahsiah dan kewangan.
3.       Pemudah cara dan pembimbing dalam mencapai matlamat sesebuah orgnisasi.

Moto: “ Learning By Experience, Trust The Process”

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.

Geng Blogger

Mereka yang melawat