Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Bahan Bantu Mengajar atau Program atau Aktiviti

Di sini kami (Pro Team) bermurah hati untuk  berkongsi kepada pengunjung Bahan-bahan Terpilih yang kami kira boleh dijadikan panduan dan membantu sahabat-sahabt diluar sana.

Fail-fail ini semua dalam Storage GoogleDrive. Jadi dia boleh tahan lama. Kalau nak mudah. Anda Login Gmail dahulu. Kalau fail boleh dimuat turun terus, memang rezeki anda. Semoga bermanfaat.

(Sumber bahan-bahan ini adalah daripada koleksi kami sendiri yang kami peroleh daripada kenalan-kenalan, carian google, dll. Emelkan kepada kami untuk sebarang pertanyaan di proteam.tc@gmail.com)
*hakcipta ini tidak boleh dijadikan bahan komersial untuk mengaut keuntungan individu, ia hanyalah sebagai perkongsian ilmu.

Sebagai pemudah cara dalam mempelajari asas-asas tajwid. Namun begitu, perlu berjumpa dengan guru untuk kemahiran yang lebih mendalam mengenai tajwid.

Perisian ini sangat penting dan sangat memudahkan pelajar-pelajar, guru, pensyarah dalam meletakan ayat-ayat al-Quran di dalam teks Microsoft Office Word. Namun begitu, versi 1.3 ini masih terhad kepada kawalan pilihan Font. Ia telah diset menggunakan Font Arabic Typesetting.

Perisian ini sama fungsinya dengan Quran in Word 1.3. Namun apa yang lebihnya, pengguna boleh menukar pilihan Font teks ayat al-Quran mengikut pilihan pengguna. Walau bagaimanapun, kelemahannya adalah simbol nombor ayat akan berubah sekiranya Font tersebut ditukar.

Untuk mengekstrak fail ini, pengguna perlu mempunyai perisian Winrar/Winzip atau seumpamanya. Sebagai peringatan, selepas ekstrak berjaya, pengguna perlu memilih fail yang bersesuaian dengan komputer pengguna sama ada 32bit atau 64bit. (32bit adalah sama dengan 82bit)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.

Geng Blogger

Mereka yang melawat