Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan Pro Team Resources mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team Resources yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Monday, July 4, 2016

Selamat Menyambut Aidil Fitri


Assalamualaikum wbt.

Selamat menyambut hari lebaran yang bakal kunjung tiba. Ramadhan kali ini begitu pantas berlalu. Adakah kita tergolong dalam insan-insan yang terpilih untukil Laatul Qadr? Wallahu A'lam bis sawaab.... Walau bagaimanapun, jika kita beramal untuk Ramadhan ini, nescaya Ramadhan akan meninggalkan kita, jika kita beramal bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T tidak sesekali meninggalkan kita. Hanya kita sahaja yang lupa pada-Nya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam mendapatkan rahmat dan maghfirah Ilahi.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaa suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.


Mungkin diluar sana sudah dipasangkan lagu-lagu raya, kemeriahan yang dirasai hanya setahun sekali. Dalam menyambut Hari raya jangan dilupa pula untuk menunaikan zakat fitrah. Jangan dilupa juga ibu bapa, golongan-golongan susah. Semoga bersama-sama kita menyambut hari kemenangan umat Islam dalam melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Harap-harapnya dapat juga melawan nafsu di bulan-bulan lain.. :)

Friday, June 3, 2016

Salam Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan al-Mubarak.

In Shaa Allah... Kita semua akan menuju ke Madrasah Ramadhan bagi tahun 1437 hijrah. Jadi mungkin para pengunjung blog ini sudah membuat persiapan yang sewajarnya. Walaupun semuanya telah tersedia dari segi menu juadah berbuka dan bersahur, tak kurang juga yang mahu mengkhatamkan bacaan al-Quran pada Ramadhan kali ini, dan juga beli jam loceng untuk bangun sahur (mana la tahu kalau-kalau persediaan tak terbangun sahur nanti kan) anda semestinya MESTI BERSEDIA juga tentang satu perkara ini. Tanpanya puasa anda tidak sah. NIAT PUASA di bulan RAMADHAN.


Seperkara lagi perlu juga untuk ulang kaji perkara berkaitan hal-hal yang membatalkan puasa, hal-hal yang makruh ketika berpuasa, dan juga amalan-amalan yang afdhal dilakukan.

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada tenaga kerja Pro Team Resources dan Pro Team TC.

Wednesday, January 13, 2016

Program Bersama ADTEC

Alhamdulillah, terima kasih ADTEC kerana menemukan Pro Team dengan mahasiswa/siswi yang hebat,bertenaga dan sangat positif... Permulaan semester baru yang cemerlang bagi anda semua... Ubah minda dan lakonkan watak cemerlang kerana anda dilahirkan untuk memberi aura positif kepada semua manusia disekeliling anda.... In shaa Allah, ada rezeki kite berjumpa lagi...
REBUT TAWARAN ISTIMEWA DARIPADA PRO TEAM TRAINING CONSULTANT SEKARANG..








Geng Blogger

Mereka yang melawat