Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Wednesday, November 28, 2012

Intro 1: Kem Tarbiah Remaja Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pro Team Resources menerusi Pro-Team Training Consultant akan mengadakan satu program yang dinamakan Kem Tarbiah Remaja Islam ataupun singkatannya K-TRIM . Kem ini akan membawa peserta-peserta menyelusuri liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar muslim dan juga sebagai anak yang mempunyai tanggungjawab besar sebagai generasi wawasan negara. Laporan lisan dan dokumentasi daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara rawaknya mendapati akhlak remaja pada masa ini semakin terhakis dengan budaya-budaya kuning dari barat. Oleh itu, Pro-Team TC atas kesedaran sebagai saudara seagama berhasrat untuk mengadakan kem ini agar akhlak dan sahsiah para remaja pada masa ini akan dididik dan disemai agar menjadi generasi unggul pada masa akan datang.

(Gambar Hiasan)

Akan datang menemui anda......


~Learning By Eperience, Trust The Process~

Sunday, November 25, 2012

Poster Hebahan...



Pro-Team Training Consultant adalah merupakan salah satu bidang tumpuan kami di Pro Team Resources yang menawarkan khidmat konsultasi dan bimbingan serta perkhidmatan yang berkaitan dengan sebuah konsultan.

Wednesday, November 21, 2012

Alhamdulillah...semoga terus istiqamah...


Alhammdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengann limpah kurniaNya kami telah berjaya mendaftarkan perniagaan kami yang diidaftarkan ataas nama PRO TEAM RESOURCES ( SA0239936-D).
Bertepatan dengan tarikh 21/11/2012 @ 21/11/12 bersamaan 7 Muharam 1434 Hijrah maka rasmilah perniagaan ini. Semoga kami terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan oelh Allah SWT.

Sunday, November 11, 2012

Pengenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Adakah anda mengalami kesukaran untuk mengendalikan sesuatu program atau majlis?
Ingin mendapatkan khidmat motivasi kepada remaja?
Kami di Pro-Team Training Consultant sedia memberi khidmat kepada anda. Kami mempunyai kaedah terbaru dalam mendekati remaja dan pelajar-pelajar dengan modul-modul yang menarik.

Kami menawarkan pakej program/kem/ceramah bagi:
- Kepimpinan
- Motivasi
- Kem Ibadah
- Kem Smart Solat
- Team Buliding
- Training of Trainers (TOT)
- dan lain-lain

Hubungi kami: En. Ataullah (012-9638574) / En. Hafizan (013-595 5093)

"Learning By Experience, Trust The Prrocess"

Geng Blogger

Mereka yang melawat