Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Monday, November 24, 2014

Kaedah Menyesuaikan Diri (part 2)

Assalamualaikum dan selamat berbahagialah...

Seperti yang dijanjikan, kita sambung semula tentang kaedah menyesuaikan diri bagi bahagian yang kedua. Untuk entry kali ini kita terus mulakan dengan kaedah yang ketiga:

3- Perkenalkan diri

Mungkin anda boleh memperkenalkan diri anda dahulu dan mungkin juga boleh anda bertanyakan nama orang lain dahulu dan tunggu sehingga orang tersebut bertanya tentang nama anda, barulah anda kenalkan. Kalau mereka tak bertanya semula siapa nama anda, anda pun kenalah buat muka tak malu untuk kenalkan nama anda.

Jemputan Ceramah Buli dan Penyalahgunaan Dadah

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rahmat dan kasih-Nya kami telah menerima undangan untuk menyampaikan perkongsian tentang buli dan penyalahgunaan dadah pada 22hb November 2014 di Dataran Homestay Sg. Klah. Terima kasih kepada pihak penganjur, Oscar Rovers UPSI yang sudi menjemput kami. 

Atas kekangan masa dan perubahan perancangan kami di akhir-akhir waktu, hanya setakat ini sahaja yang kami mampu persembahkan untuk talk kali ini. InsyaAllah pada masa akan datang kami akan lebih bersedia dan akan memantapkan lagi gaya persembahan kami.









Thursday, November 13, 2014

Tawaran Hebat (Menuntut ilmu adalah Fardhu)

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Sekali lagi kami di Pro Team amatlah mengalu-alukan maklum balas daripada anda semua. 

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan. Hadis Rasulullah S.A.W,


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.


 “Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” (Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis, menuntut ilmu ini menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Oleh itu seseorang individu muslim tidak seharusnya menafikan kefardhuan menuntut ilmu ini bahkan fardhu ke atasanya mempelajari ilmu sebanyak yang mungkin. Allah S.W.T telah berfirman,

(al-Quran, al-Mujaadilah: 11)
Terjemahannya:
Maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah S.W.T juga telah memberi banyak kelebihan kepada orang yang berilmu. Kedudukan orang berilmu adalah tinggi di sisi Allah S.W.T. Ilmu yang berguna juga dan disampaikan kepada orang lain adalah bekalan amalan  kita apabila di padang mahsyar kelak. 

Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.


"Learning by Experience, Trust The Process"

Monday, November 10, 2014

Nantikan kami

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, kami di Pro Team sentiasa mengalu-alukan maklum balas dari anda. Dapatkan perkhidmatan dengan menghubungi kami.
Untuk program anjuran kami pula, nantikan hebahan kami.


"Learning By Experience, Trust The Process"

Tuesday, September 30, 2014

This is our product...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ini Pro Team akan mempromosikan kepada semua tentang khidmat dan produk kami. Boleh terus menghubungi kami untuk berunding dan berbincang tentang perkhidmatan kami. Kami menjaminkan mutu dan kualiti perkhidmatan sebagai polisi kami. Jadi jangan ketinggalan untuk menghubungi kami. Jika anda mempunyai bajet yang sedikit tetapi ingin menjalankan program yang agak hebat, terus hubungi kami untuk berbincang. Kami menawarkan perkhidmatan dengan kos yang berpatutan.

"Learning By Experience, Trust The Process"

Monday, September 22, 2014

Bengkel Pecutan Terakhir SPM 2014 (A From Allah)

Assalamualaikum. Apa khabar semua??.. Semoga sentiasa berada dilembayung rahmat Allah S.W.T hendaknya ye... Program terbaru yang akan menyusul melalui Pro Team seperti tajuk di atas dan juga poster di bawah:


Selepas berfikir dan fikir, akhirnya Pro Team berkenan untuk menganjurkan program ini. Sasaran hanya tertumpu kepada masyarakat sekitar Tanjong Malim sahaja buat masa ini. Sekiranya bengkel ini berjaya dilaksanakan, InsyaAllah kami akan menganjurkannya lagi dalam masa yang akan datang selepas tarikh program ini berlangsung dengan jayanya. 

Terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Jadi rebutlah peluang pengalaman danperkongsian tips2 menghadapi peperiksaan dan bonus tips2 nota ringkas yang mampu membantu dalam ulang kaji pelajaran adik-adik dengan izin-Nya. Bayaran hanya serendah RM30/- sahaja. Makanan akan disediakan. Adik-adik hanya perlu datang membawa buku catatan dan alat tulis sahaja. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. 

Sila hubungi En. Alamin (017-414 3405) / En. Hafizan (017-545 7346) unuk sebarang pertanyaan lanjut.

*Sebarang perubahan maklumat akan diberitahu kelak.

Tuesday, August 19, 2014

Kaedah Menyesuaikan Diri (part 1)

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.

Pada entry kali ini kami akan cuba berkongsi sedikit kaedah atau cara-cara untuk menyesuaikan diri. Mungkin ramai dalam kalangan kita sering termangu-mangu kalau2 pergi berziarah semasa raya, pergi ke kenduri, ataupun bertugas di tempat baru ataupun belajar di kelas yang baru. Kalau tak kena gayanya kita akan dapat kemurungan selama beberapa hari sebelum kita berputus asa dengan hidup.. Nauzubillahi min zalik..

Jadi di sini kita akan kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan dalam situasi dan keadaan tertentu:

1- Senyum


Ya...senyum itu sedekah. Tak rugi pun kita senyum kan. Sampai-sampai je kita di depan orang kita mestilah senyum. Dengan senyuman tu boleh menunjukkan kemesraan kita dan kesediaan kita untuk orang lain senang hati dengan kita. Untuk senyum ni anda mestilah tahu bagaimana cara senyum yang perlu ditunjukkan. Cuba berdiri menghadap cermin dan cubalah senyum seikhlas hati. Mesti susahkan..sebab tu senyum dibuat2.. Ok...untuk melahirkan senyum yang ikhlas mestilah kita ni ikhlas untuk menerima hakikat bahawa ada orang lain di sekitar kita. Jadi semasa kita berjumpa orang yang tak dikenali pun kita senyum je, jangan malu-malu. Yang penting ikhlas, kalau orang lain boleh senyum semula kepada kita itu petanda kita boleh berkawan dengan mereka.

2- Ucapakan salam (Assalamualaikum....Selamat Pagi.....Morning)


Ya...samapaikan salam. Itu juga boleh menunjukkan diri anda ini mesra walaupun sebenarnya anda gementar. Tapi ucapkanlah salam. Dengan salam juga akan menimbulkan bibit2 kasih sayang. Jadi, kita mestilah menjadi orang pertama yang mengucapkan salam. Supaya orang lain tahu akan kehadiran kita bersama mereka.

Akan bersambung....
Tunggu entry pada masa akan datang ya...see you later.. Assalamualaikum...


Geng Blogger

Mereka yang melawat