Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Pecutan Terakhir SPM/PMR -STARS-

Alhamdulillah, pada 8hb Julai 2013 yang lalu, kami di pihak warga Pro Team telah menerima jemputan daripada SMK Tun Abdul Razak Selekoh Perak bagi menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pecutan terakhir bagi menghadapi SPM dan PMR. Peserta-peserta dibahagikan kepada dua buah kumpulan mengikut jenis peperiksaan mereka iaitu SPM dan PMR. Taklimat kepada peserta-peserta SPM telah diadakan di Dewan Sri Mayang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima kelas elit. Manakala taklimat kepada peserta-peserta PMR dijalankan di Makmal ICT dan disertai oleh pelajar-kelas elit tingkatan tiga.

Program ini berlangsung dari jam 1250 tengah hari pada awalnya. Naun disebabkan beberapa masalah teknikal, taklimat bermula agak lewat daripada dijadualkan. Walau bagaimanapun segala-galanya berjalandengan lancar syukur ke hadrat Ilahi. taklimat ini berakhir pada ja 215 petang. Perkongsian ringkas ini merangkumi persediaan pelajar semasa saat-saat terakhir menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selain daripada menyedarkan pelajar betapa pentingnya teknik belajar berkesan dan membuat persediaan yang sempurna dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi peperiksaan.

Jemputan daripada pihak sekolah terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah sangat kami hargai. Semoga semua pelajar sukses dan berjaya di dalam kehidupan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan PMR yang bakal menjelma.






~Learning By Experience, Trust The Process~

Monday, April 8, 2013

KUPIMPIN 2013 SMK Tun Sardon

Alhamdulillah... Pro-Team TC telah pun selesai melaksanakan tugas menyempurnakan Kursus Kepimpinan Pengawas 2013 (KUPIMPIN 2013) SMK Tun Sardon, Rengit Batu Pahat pada 6&7 April 2013 yang lalu. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Cikgu Zahill, Cikgu Zawariah, barisan guru-guru SMK Tun Sardon dan juga kepada semua yang terlibat  dengan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada Pro-Team TC untuk melatih barisan pengawas SMK Tun Sardon selama 2 hari yang lalu. Segala kekurangan amat kami kesali dan kami memohon maaf atas kekurangan itu. Semoga guru-guru dan barisan pengawas SMK Tun Sardon terus sukses dan terus maju ke hadapan.


Di antara modul-modul yang dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul yang ditawarkan Pro-Team TC boleh lah mendapatkan khidmat kami... :)


Moderator Kursus merangkap Pengarah Urusan Pro-Team TC

Barisan Fasilitator berpakaian baju oren

Nikmat Oh Nikmat

berlakon sebagai si buta..

memupuk kerjasama berpasukan...

memerlukan kerjasama yang baik dalam mencapai matlamat...

perlu berfikir secara kreatif dan kritis...

semangat berpasukan...


peserta-peserta sedang mendengar taklimat...

kerjasama itu penting....

"aku sayang korang!!!"

"jangan tolak-tolak!!!"

"huhu...insaf insaf..."

Barisan Tenaga Pro-Team TC

Pro-Team TC bersama Pn. Zawariah dan peserta-peserta KUPIMPIN 2013

Setakat itu sahaja. Semoga pertalian yang dijalinkan tidak hanya setakat ini sahaja.

Kalau lah ada sumur di ladang,
Boleh lah kami menumpang mandi,
Kalau lah ada umur yang panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi.



"Learing By Experience, Trust The Process"









Saturday, January 12, 2013

Program Penyesuaian Diri Pelajar


Pro-Team Training Consultant akan memperkenalkan teknik dan pendekatan terbaru kepada pelajar-pelajar yang sedang melalui peralihan pendidikan seperti peralihan dari  sekolah rendah ke sekolah menengah atau juga pelajar-pelajar yang baru sahaja berpindah ke sekolah asrama. Modul ini sesuai untuk menyelami dan memberi pendedahan kepada pelajar selain dapat membantu pelajar-pelajar membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana baru agar tidak menerima kejutan budaya yang terlalu besar.

Jadi hubungi kami untuk mendapatkan khidmat tenaga kami. Jangan lepaskan peluang !!!


"Learning By Experiance, Trust The Process"

Monday, January 7, 2013

Promosi Khidmat Multi Latihan


Geng Blogger

Mereka yang melawat