Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Friday, June 3, 2016

Salam Ramadhan al-Mubarak


Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan al-Mubarak.

In Shaa Allah... Kita semua akan menuju ke Madrasah Ramadhan bagi tahun 1437 hijrah. Jadi mungkin para pengunjung blog ini sudah membuat persiapan yang sewajarnya. Walaupun semuanya telah tersedia dari segi menu juadah berbuka dan bersahur, tak kurang juga yang mahu mengkhatamkan bacaan al-Quran pada Ramadhan kali ini, dan juga beli jam loceng untuk bangun sahur (mana la tahu kalau-kalau persediaan tak terbangun sahur nanti kan) anda semestinya MESTI BERSEDIA juga tentang satu perkara ini. Tanpanya puasa anda tidak sah. NIAT PUASA di bulan RAMADHAN.


Seperkara lagi perlu juga untuk ulang kaji perkara berkaitan hal-hal yang membatalkan puasa, hal-hal yang makruh ketika berpuasa, dan juga amalan-amalan yang afdhal dilakukan.

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada tenaga kerja Pro Team Resources dan Pro Team TC.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.

Geng Blogger

Mereka yang melawat