Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Monday, July 4, 2016

Selamat Menyambut Aidil Fitri


Assalamualaikum wbt.

Selamat menyambut hari lebaran yang bakal kunjung tiba. Ramadhan kali ini begitu pantas berlalu. Adakah kita tergolong dalam insan-insan yang terpilih untukil Laatul Qadr? Wallahu A'lam bis sawaab.... Walau bagaimanapun, jika kita beramal untuk Ramadhan ini, nescaya Ramadhan akan meninggalkan kita, jika kita beramal bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T tidak sesekali meninggalkan kita. Hanya kita sahaja yang lupa pada-Nya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam mendapatkan rahmat dan maghfirah Ilahi.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaa suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.


Mungkin diluar sana sudah dipasangkan lagu-lagu raya, kemeriahan yang dirasai hanya setahun sekali. Dalam menyambut Hari raya jangan dilupa pula untuk menunaikan zakat fitrah. Jangan dilupa juga ibu bapa, golongan-golongan susah. Semoga bersama-sama kita menyambut hari kemenangan umat Islam dalam melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Harap-harapnya dapat juga melawan nafsu di bulan-bulan lain.. :)

Geng Blogger

Mereka yang melawat