Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Monday, November 24, 2014

Kaedah Menyesuaikan Diri (part 2)

Assalamualaikum dan selamat berbahagialah...

Seperti yang dijanjikan, kita sambung semula tentang kaedah menyesuaikan diri bagi bahagian yang kedua. Untuk entry kali ini kita terus mulakan dengan kaedah yang ketiga:

3- Perkenalkan diri

Mungkin anda boleh memperkenalkan diri anda dahulu dan mungkin juga boleh anda bertanyakan nama orang lain dahulu dan tunggu sehingga orang tersebut bertanya tentang nama anda, barulah anda kenalkan. Kalau mereka tak bertanya semula siapa nama anda, anda pun kenalah buat muka tak malu untuk kenalkan nama anda.

Jemputan Ceramah Buli dan Penyalahgunaan Dadah

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rahmat dan kasih-Nya kami telah menerima undangan untuk menyampaikan perkongsian tentang buli dan penyalahgunaan dadah pada 22hb November 2014 di Dataran Homestay Sg. Klah. Terima kasih kepada pihak penganjur, Oscar Rovers UPSI yang sudi menjemput kami. 

Atas kekangan masa dan perubahan perancangan kami di akhir-akhir waktu, hanya setakat ini sahaja yang kami mampu persembahkan untuk talk kali ini. InsyaAllah pada masa akan datang kami akan lebih bersedia dan akan memantapkan lagi gaya persembahan kami.









Thursday, November 13, 2014

Tawaran Hebat (Menuntut ilmu adalah Fardhu)

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Sekali lagi kami di Pro Team amatlah mengalu-alukan maklum balas daripada anda semua. 

Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan. Hadis Rasulullah S.A.W,


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.


 “Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.” (Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis, menuntut ilmu ini menjadi kefardhuan kepada umat Islam. Oleh itu seseorang individu muslim tidak seharusnya menafikan kefardhuan menuntut ilmu ini bahkan fardhu ke atasanya mempelajari ilmu sebanyak yang mungkin. Allah S.W.T telah berfirman,

(al-Quran, al-Mujaadilah: 11)
Terjemahannya:
Maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah S.W.T juga telah memberi banyak kelebihan kepada orang yang berilmu. Kedudukan orang berilmu adalah tinggi di sisi Allah S.W.T. Ilmu yang berguna juga dan disampaikan kepada orang lain adalah bekalan amalan  kita apabila di padang mahsyar kelak. 

Marilah kita bersama-sama menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.


"Learning by Experience, Trust The Process"

Monday, November 10, 2014

Nantikan kami

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, kami di Pro Team sentiasa mengalu-alukan maklum balas dari anda. Dapatkan perkhidmatan dengan menghubungi kami.
Untuk program anjuran kami pula, nantikan hebahan kami.


"Learning By Experience, Trust The Process"

Geng Blogger

Mereka yang melawat