Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Tuesday, August 19, 2014

Kaedah Menyesuaikan Diri (part 1)

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.

Pada entry kali ini kami akan cuba berkongsi sedikit kaedah atau cara-cara untuk menyesuaikan diri. Mungkin ramai dalam kalangan kita sering termangu-mangu kalau2 pergi berziarah semasa raya, pergi ke kenduri, ataupun bertugas di tempat baru ataupun belajar di kelas yang baru. Kalau tak kena gayanya kita akan dapat kemurungan selama beberapa hari sebelum kita berputus asa dengan hidup.. Nauzubillahi min zalik..

Jadi di sini kita akan kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan dalam situasi dan keadaan tertentu:

1- Senyum


Ya...senyum itu sedekah. Tak rugi pun kita senyum kan. Sampai-sampai je kita di depan orang kita mestilah senyum. Dengan senyuman tu boleh menunjukkan kemesraan kita dan kesediaan kita untuk orang lain senang hati dengan kita. Untuk senyum ni anda mestilah tahu bagaimana cara senyum yang perlu ditunjukkan. Cuba berdiri menghadap cermin dan cubalah senyum seikhlas hati. Mesti susahkan..sebab tu senyum dibuat2.. Ok...untuk melahirkan senyum yang ikhlas mestilah kita ni ikhlas untuk menerima hakikat bahawa ada orang lain di sekitar kita. Jadi semasa kita berjumpa orang yang tak dikenali pun kita senyum je, jangan malu-malu. Yang penting ikhlas, kalau orang lain boleh senyum semula kepada kita itu petanda kita boleh berkawan dengan mereka.

2- Ucapakan salam (Assalamualaikum....Selamat Pagi.....Morning)


Ya...samapaikan salam. Itu juga boleh menunjukkan diri anda ini mesra walaupun sebenarnya anda gementar. Tapi ucapkanlah salam. Dengan salam juga akan menimbulkan bibit2 kasih sayang. Jadi, kita mestilah menjadi orang pertama yang mengucapkan salam. Supaya orang lain tahu akan kehadiran kita bersama mereka.

Akan bersambung....
Tunggu entry pada masa akan datang ya...see you later.. Assalamualaikum...


Geng Blogger

Mereka yang melawat