Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada kali ini kami di pihak pengurusan ProTeam Training Consultant mengalu-alukan kepada pengunjung-pengunjung yang berminat untuk bersama-sama Krew Pro Team dalam melaksanakan misi dan visi Pro Team. Pengunjung-pengunjung yang berminat bolehlah mengisi borang secara online yang telah disediakan di post ini ataupun klik di sini.
"Kami merupakan Pro Team yang menawarkan khidmat perunding kewangan bagi sesuatu program dan juga menyediakan khidmat profesional dalam pengurusan sesuatu program mahupun majlis. Kami juga menawarkan pakej program, ceramah dan kem yang berunsurkan kepimpinan, motivasi, team building, dan lain-lain."

Tuesday, July 16, 2013

Ceramah Pecutan Terakhir SPM/PMR -STARS-

Alhamdulillah, pada 8hb Julai 2013 yang lalu, kami di pihak warga Pro Team telah menerima jemputan daripada SMK Tun Abdul Razak Selekoh Perak bagi menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pecutan terakhir bagi menghadapi SPM dan PMR. Peserta-peserta dibahagikan kepada dua buah kumpulan mengikut jenis peperiksaan mereka iaitu SPM dan PMR. Taklimat kepada peserta-peserta SPM telah diadakan di Dewan Sri Mayang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima kelas elit. Manakala taklimat kepada peserta-peserta PMR dijalankan di Makmal ICT dan disertai oleh pelajar-kelas elit tingkatan tiga.

Program ini berlangsung dari jam 1250 tengah hari pada awalnya. Naun disebabkan beberapa masalah teknikal, taklimat bermula agak lewat daripada dijadualkan. Walau bagaimanapun segala-galanya berjalandengan lancar syukur ke hadrat Ilahi. taklimat ini berakhir pada ja 215 petang. Perkongsian ringkas ini merangkumi persediaan pelajar semasa saat-saat terakhir menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selain daripada menyedarkan pelajar betapa pentingnya teknik belajar berkesan dan membuat persediaan yang sempurna dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi peperiksaan.

Jemputan daripada pihak sekolah terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah sangat kami hargai. Semoga semua pelajar sukses dan berjaya di dalam kehidupan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan PMR yang bakal menjelma.






~Learning By Experience, Trust The Process~

Geng Blogger

Mereka yang melawat